Kalau tidak suka boleh unfollow saya – Zarina Zainuddin

Kalau tidak suka boleh unfollow saya – Zarina Zainuddin

Zarina Zainuddin dan anaknya Azal. – Instagram Zarina Zainuddin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Zainuddin, 54, mengakui tidak mampu untuk menghalang dan mengawal fikiran orang lain untuk hadir dengan pandangan masing-masing tentang perkongsiannya mengenai anak-anak autisme di media sosial.

Bahkan, tegas Zarina, dia tidak kisah dan berlapang dada sekiranya terdapat kalangan pengikut yang tidak suka dengan perkongsiannya untuk tidak lagi mengikutinya di Instagram.

“Orang kata, saya gunakan anak autisme dan jadikan mereka sebagai bahan kandungan media sosial. Walhal, saya cuma kongsikan mengenai kesedaran autisme itu dengan kelompok ibu bapa yang sama dengan saya.

“Kadangkala bila kita nak terangkan, orang tetap akan kata saya tidak betul, sayalah yang jahat dan teruk. Beginilah, kalau tidak suka atau benci, boleh ‘unfollow’. Tidak payah tengok kehidupan saya.

“Buat apa sakitkan hati dan mata tengok saya di Instagram? Saya pun faham dalam hidup ini bukan semua orang suka atau tidak suka kita. Saya terima semua itu dan tetap dengan cara saya,”katanya.

Zarina berkata demikian semasa dihubungi semalam bagi mengulas mengenai kecaman diraih selepas berkongsi mengenai video anak lelakinya, Azal, bercerita mengenai isu dianggap sensitif di media sosial.

Selain itu, menurut Zarina, dia juga mendoakan individu atau pengguna media sosial yang mengecamnya supaya mendapat balasan setimpal kerana telah menabur fitnah kepada dirinya dan keluarga.

“Mereka tuduh saya macam-macam, kata saya ibu yang aibkan anaklah, tidak sensitiflah sedangkan saya kongsikan itu untuk tujuan mendidik dan memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai autisme.

“Sebagai manusia pasti tahu hukum alam, kalau kita buat tidak baik pada orang, Allah akan balas. Kepada yang cakap saya ini tidak pantau dan jaga anak, saya harap mereka sedar bahawa tiada siapa minta dijadikan begini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN