Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dipercepat

Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dipercepat

Anwar Ibrahim dan Srettha Thavisin semasa mengadakan lawatan kerja di Sungai Golok dan Rantau Panjang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat­kan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dekat sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut antara perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatan dari Thailand, Srettha Thavisin.

Menurut beliau, kedua-dua negara juga bersetuju menyegerakan kerja-kerja pembersihan Sungai Golok bagi mengurangkan risiko banjir.

“Bila hubungan peribadi baik, hubungan kedua-dua negara baik rakyat dapat manfaat,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari di Kompleks Apam Putra, di sini semalam.

Sementara itu di Pasir Mas, Perdana Menteri berkata, kesediaan Pusat memperkukuh dan memberi tumpuan kepada zon ekonomi khas, pembangunan makanan halal dan industri getah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Anwar berkata, zon ekonomi itu sudah ada di dalam Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Menurut beliau, zon ekonomi itu komponen utama dalam hubungan kerjasama antara Malaysia dan Thailand terma­suk sebahagian dari kawasan Sumatera, Indonesia.

“Zon ekonomi itu sudah ada di dalam IMT-GT, kita hanya perkukuhkan kerana selama ini ia malap.

“Kita akan memberi tum­puan khas mengenai perkara ini kerana melibatkan soal sempadan Malaysia dan Thailand yang ketika ini sangat kritikal,” katanya.

Anwar berkata, zon ekonomi khas itu melibatkan hubungan keselamatan, kegiatan rakyat, kemudahan ekonomi dan pendidikan serta kerjasama kebudayaan kedua-dua negara.

Katanya, sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Luar Thailand dalam memastikan kerangka zon ekonomi khas dapat dijayakan.

Mengulas isu sama, Srettha berkata, menerusi pertemuan itu, pihaknya turut membincangkan beberapa perkara lain seperti peranca­ngan zon ekonomi khas, pembangunan makanan halal dan industri getah antara kedua-dua negara.

Katanya, kerjasama itu juga membuktikan hubungan erat antara Malaysia-Thailand dan semoga perancangan pembinaan jambatan itu berjalan dengan lancar.
Thailand dijangka memulakan projek pembinaan jambatan kedua dikenali sebagai

Jambatan Kembar di Rantau Panjang-Sungai Golok itu pada April tahun depan.
Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok akan mempunyai enam lorong bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan antara Malaysia dan Thailand.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN