Hakisan Pantai Puteri kian serius

Hakisan Pantai Puteri kian serius

SEBUAH gerai yang roboh akibat hakisan di Pantai Puteri, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hakisan akibat ombak besar di sepanjang kawasan pelancongan Pantai Puteri di sini semakin serius apabila beberapa tiang sebuah restoran rosak teruk manakala sebuah gerai lagi roboh dalam kejadian pagi semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa pokok ru turut terjejas hingga menampakkan akar, selain beberapa lagi gerai berhampiran menunggu masa bakal roboh dan kawasan pelancong beriadah pula kian terhad.

Penghulu Pantai Kundor, Ridzuan Mohd. Ripin berkata, hampir sebahagian besar pantai itu terkesan ekoran fenomena ombak besar sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang dibina turut menerima impak akibat hakisan yang berlaku.

“Selain itu kawasan Pentas Budaya juga semakin terhakis dan mungkin akan menjejaskan struktur bangunan itu, di samping beberapa pokok ru sudah ternampak akar.

“Kawasan tebing turut terkesan, tanahnya mula roboh sedikit demi sedikit ekoran daripada ombak besar yang kerap berlaku. Kejadian yang berlaku ke atas sebuah restoran dan gerai pagi semalam telah dimaklumkan kepada perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, seorang penduduk, Ismail Ahmad, 50, dari Pantai Rombang berkata, pihak bertanggungjawab harus bertindak segera bagi mengatasi kesan hakisan yang melanda Pantai Puteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×