Hainan Village Malayan Kopitiam intai tembusi pasaran Asia Barat - Utusan Malaysia

Hainan Village Malayan Kopitiam intai tembusi pasaran Asia Barat

UNDANG Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Gelaran Karipap Hainan Diraja Jelebu Pertama Malaysia di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat Kumpulan Hainan Village Malayan Kopitiam mengintai peluang untuk melebarkan perniagaan mereka ke pasaran Asia Barat termasuk di Arab Saudi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Denming Ho berkata, Hasrat berkenaan turut didorong dengan penjenamaan baharu produk Karipap Hainan sebagai Karipap Hainan Diraja Jelebu.

Jelas beliau, produk berkenaan dilihat mempunyai prospek baik untuk dipasarkan terutamanya di pasaran yang majoritinya penduduk Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasrat ini dicadangkan oleh Pengerusi Lembaga Syarikat Kumpulan Hainan Village Malayan Kopitiam yang juga Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad. 

“Kami bersetuju dan mahu mengambil peluang ini dengan memasarkannya ke Asia Barat dan kami jangka akan dapat menembusi pasaran sana pada tahun hadapan. Ini sudah pasti akan meningkatkan serta mempromosikan jenama kami,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pengiktirafan Gelaran Karipap Hainan Diraja Jelebu Pertama Malaysia di Balai Undang Luak Jelebu, Kuala Klawang di sini.

Majlis disempurnakan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad. 

Denming sementara itu, pihaknya turut merancang untuk menembusi pasaran  lain seperti China dan Indonesia selain tidak mengenepikan pasaran tempatan.

“Syarikat bakal menambah empat lagi cawangan secara berperingkat di dalam negara. Sehingga kini kami sudah mempunyai enam cawangan milikan langsung di sekitar Lembah Klang sejak November 2011 hingga kini,” katanya. 

Dalam pada itu, jelasnya, penjenamaan Karipap Hainan Diraja Jelebu merupakan kuih karipap tanpa berintikan daging.

“Dengan pengiktirafan ini, syarikat berhasrat untuk mempromosi dan memelihara salah satu daripada kepelbagaian warisan dan budaya Malaysia ini” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN