Generasi baharu Felda Lurah Bilut tiada rumah

Generasi baharu Felda Lurah Bilut tiada rumah

KEADAAN rumah generasi baharu Felda Lurah Bilut di Bentong, Pahang, yang terbengkalai sejak 2015. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sejak dibuka pada 1958, Felda Lurah Bilut di sini yang merupakan tanah rancangan pertama negara masih belum mempunyai rumah gene­rasi baharu kerana projek perumahan yang dimulakan pada 2015 terbengkalai sehingga kini.

Difahamkan, tanah ranca­ngan berkenaan sudah pun melahirkan lima generasi membabitkan kira-kira 5,000 orang dan terpaksa menumpang di kediaman ibu bapa masing-masing kerana ketiadaan rumah.

Ketua Kampung Felda Lurah Bilut, Md. Zulkifkli Md. Yunus berkata, pembinaan rumah generasi baharu yang dimulakan sejak sembilan tahun lalu, sepatutnya melibatkan rumah teres dan flat kepada 616 warga tanah rancangan berkenaan.

“Pembinaannya hanya melibatkan 12 buah rumah dan itu pun tidak siap sehingga dibiarkan bersemak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Md. Zulkifli berkata, dia bersama penduduk banyak kali membuat aduan tentang perkara itu namun tiada tindakan.

“Kita harap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi merea­lisasikan pembinaan rumah berkenaan yang kini menjadi keperluan kepada lima generasi Felda berkenaan yang mempu­nyai kira-kira 5,000 penduduk,” katanya.

Ketua Blok Felda Lurah Bilut yang juga generasi kedua Felda berkenaan, Mohamad Kholid Mat Sohor, 67, kecewa kerana rumah untuk generasi baharu di tanah rancangan itu belum siap dibina.

“Sekarang kawasan ini bukan sahaja menjejaskan pemandangan, tetapi juga menjadi sarang haiwan liar termasuk ular yang boleh membahayakan penduduk.

“Saya difahamkan terdapat masalah tanah, tetapi saya pelik kenapa ia tidak dapat diselesaikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN