FAMA sasar jualan RM5 juta pada MAHA September 2024

FAMA sasar jualan RM5 juta pada MAHA September 2024

Arthur Joseph Kurup (dua, kanan) melawat gerai Karnival di Jualan Agro Madani Mega Negeri Terengganu 2024 di Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jumlah keseluruhan jualan sebanyak RM5 juta pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 pada 11 hingga 22 September ini.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata, jumlah sasaran jualan itu meningkat berbanding RM4 juta pada penganjuran dua tahun lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor.

Menurutnya, hasil jualan itu mampu dicapai daripada lima kluster yang akan ditampilkan FAMA iaitu Kingdom of Agro Food, Food Empire & Food Viral, Food Truck Fiesta, Food Trade dan Rhythm of Farmers.

Katanya, antara tarikan utama pengunjung ialah jualan 1,000 menu viral dari seluruh negara.

“Kita juga ada satu gimik menara buah yang diperbuat daripada limau bali dan nangka berbentuk seperti menara berkembar yang akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai menara buah tertinggi di Malaysia,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Jualan Agro Madani Mega Negeri Terengganu 2024 di Gong Badak, di sini, semalam.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya