Ejen Perkhidmatan Rahsia diarah cuti ekoran kes tembak Trump

Ejen Perkhidmatan Rahsia diarah cuti ekoran kes tembak Trump

TRUMP bergegas dibawa turun dari pentas selepas cedera di telinga akibat ditembak sewaktu berucap di perhimpunan di Pennsylvania, Julai lalu.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya lima ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) diletakkan dalam cuti pentadbiran berikutan percubaan membunuh bekas Presiden, Donald Trump di Pennsylvania bulan lalu.

Mereka termasuk ketua pejabat lapangan Pittsburgh yang menyelaraskan keselamatan dengan polis tempatan, tiga ejen lain di pejabat sama dan seorang anggota peribadi Trump, lapor media AS.

Trump, calon presiden Republikan, cedera di telinga kanan akibat tembakan dari bumbung oleh Thomas Crooks, 20, ketika perhimpunan di Butler pada 13 Julai lepas.

Serangan itu membunuh seorang penyokong Trump dan mencederakan dua yang lain, sebelum suspek ditembak mati oleh penembak tepat Perkhidmatan Rahsia.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Anthony Guglielmi berkata, semakannya terhadap kegagalan operasi ini masih dijalankan.

Katanya, semua ejen terlibat terikat dengan ‘standard profesional tertinggi’ dan sebarang pelanggaran boleh mengakibatkan tindakan tatatertib.

Sebelum ini, Pengarah Perkhidmatan Rahsia, Kimberly Cheatle meletakkan jawatan sejurus selepas berdepan dengan ahli Kongres dalam perbicaraan yang menimbulkan perbalahan, apabila beliau gagal memberi jawapan khusus mengenai serangan dan tindak balas ejennya.

Beliau digantikan dengan Ronald Rowe sebagai pemangku pengarah.

Dewan Perwakilan membentuk satu pasukan petugas untuk menyiasat kegagalan operasi yang membenarkan Crooks melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Rabu lalu, Trump mengadakan perhimpunan luar di North Carolina, yang pertama sejak percubaan pembunuhan itu, dengan podiumnya dikelilingi kaca kalis peluru.- BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN