SABAK BERNAM: Radio lama bukan sahaja menjadi medium penyebar maklumat, malah menjadi saksi detik-detik bersejarah negara. Nostalgia itu membuatkan pasangan suami isteri di Kampung Sungai Tengar di sini sanggup mengumpul radio-radio lama yang mengimbau zaman kanak-kanak mereka. Zainab Zainuddin, 65, berkata, radio dan surat khabar amat penting untuk memperoleh situasi terkini negara ketika itu. “Paling mendebarkan dan menggembirakan adalah tatkala mendengar perisytiharan kemerdekaan negara pada 1957,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini. Zainab menambah, disebabkan radio menjadi medium penyebar maklumat, ia merupakan perkakasan elektrik cukup sensitif ketika zaman penjajahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya