Dadah: Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung

Dadah: Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung

Shamsul Azri Johari dan Nursyaza Husnina Mohd. Shazniff dibawa ke Mahkamah Majistret Rembau semalam bagi didakwa atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sepasang kekasih berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Rembau di sini, semalam atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Gemas, Tampin, pada minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Shamsul Azri Johari, 47, dan Nursyaza Husnina Mohd Shazniff, 29, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan tersebut mengedar heroin seberat 1,040.70 gram, manakala bagi pertuduhan kedua, mereka mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 156.0 gram.

Oleh itu, kedua-duanya berhadapan dengan Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan ketiga pula, mereka berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila didapati telah ada dalam milikan dadah berbahaya iaitu jenis methamphetamine sebe­rat 0.60 gram.

Bagi kesalahan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesemua perbuatan ber­kenaan, dilakukan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan kawasan Gemas kira-kira pukul 9.30 pagi pada 9 Ogos lalu.

imbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashim tidak menawarkan sebarang wang jaminan dan memohon tarikh bagi sebutan semula kes bagi laporan kimia.
Majistret kemudian menetapkan 26 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN