REMBAU: Sepasang kekasih berhadapan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Rembau di sini, semalam atas tiga pertuduhan mengedar dan memiliki dadah di Gemas, Tampin, pada minggu lalu. Kedua-dua tertuduh, Shamsul Azri Johari, 47, dan Nursyaza Husnina Mohd Shazniff, 29, mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran. Mengikut pertuduhan pertama, pasangan tersebut mengedar heroin seberat 1,040.70 gram, manakala bagi pertuduhan kedua,…