KLANG: Mahkamah Tinggi semalam mengenakan hukuman penjara 36 bulan dan denda RM6,000 kepada Mohamed Shahriza Othman yang disabitkan bersalah bagi pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun pada 19 Julai lalu. Keputusan itu dibuat Hakim Norliza Othman selepas memanggil kes tersebut untuk semakan dan meneliti kertas pertuduhan, fakta kes, eksibit yang diterima masuk di Mahkamah Majistret serta nota keterangan supaya satu semakan dijalankan. Pada 26 Julai lalu,…