REMBAU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Negeri Sembilan iaitu di Masjid Lubok China, di sini, malam tadi susulan kejadian banjir kilat.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, PPS berkenaan dibuka kira-kira pukul 9.30 malam tadi yang menempatkan dua buah keluarga.
Menurutnya, secara keseluruhannya terdapat lapan mangsa di lokasi PPS berkenaan termasuk seorang warga emas lelaki dan tiga orang kanak-kanak.
“Bagaimanapun, empat daripada lapan orang mangsa tidak tinggal di PPS berkenaan kerana dipercayai telah pulang ke rumah susulan hujan sudah berhenti dan banjir kilat semakin pulih.
“Pihak kami akan meneruskan pemantauan di kawasan terlibat banjir kilat dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.-UTUSAN.










