SEREMBAN: Kejayaan yang diraih atlet, Noorazrul Jamirul Jamrus, 19, pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21, Sarawak baru-baru ini bukan hanya pingat emas tunggal buat kontinjen Negeri Sembilan dalam sukan gimnastik artistik. Lebih menarik ia menjadi kejayaan bagi masyarakat Orang Asli di negara ini untuk berjaya dalam sukan berkenaan. Menurut pengurus pasukan gimnastik artistik Negeri Sembilan ke Sukma baru-baru ini, Mohd. Asrul Fitri Muhammad Sutan Mudo, 37, kejayaan Noorazrul yang berasal dari…