AS batal perjanjian dengan dalang 9/11

AS batal perjanjian dengan dalang 9/11

SETIAUSAHA Pertahanan AS, Lloyd Austin ketika berucap dalam upacara memperingati mangsa korban serangan 11 September 2001 terhadap Pentagon, di Memorial Pentagon 9/11 Kebangsaan di Washington, pada 11 September 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin membatalkan perjanjian pengakuan bersalah yang dipersetujui awal minggu ini, melibatkan tiga individu yang dituduh sebagai dalang serangan 11 September 2001.

Rabu lalu, Pentagon memaklumkan perjanjian pengakuan bersalah dimeterai dengan Khalid Sheikh Mohammed dan dua rakan jenayahnya, yang ditahan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, walaupun tidak menjelaskan butiran lanjut.

Pegawai AS memberitahu, perjanjian tersebut dipercayai melibatkan pengakuan bersalah sebagai pertukaran untuk mengelak hukuman mati.

Bagaimanapun, Austin memaklumkan mengambil alih tugas penyelia mahkamah perang Guantanamo Pentagon, Susan Escallier untuk membuat perjanjian pra-perbicaraan dalam kes tersebut.

“Berkuat kuasa serta-mera, dalam menjalankan kuasa saya dengan ini menarik balik tiga perjanjian pra-perbicaraan tersebut,” tulis Austin dalam satu memo, pada Jumaat.

Ramai penggubal undang-undang Republikan, termasuk Speaker Dewan Perwakilan, Mike Johnson dan Ketua Minoriti Senat, Mitch McConnell, mengkritik sekeras-kerasnya perjanjian pengakuan itu.

Mohammed adalah banduan paling terkenal di kem tahanan Teluk Guantanamo, yang ditubuhkan pada 2002 oleh Presiden AS ketika itu, George W. Bush.

Ia adalah kemudahan tahanan yang menempatkan suspek militan asing berikutan serangan 11 September 2001 di AS.

Mohammed dituduh sebagai dalang di sebalik rancangan untuk menerbangkan pesawat penumpang komersial yang dirampas ke Pusat Dagangan Dunia di New York City dan ke Pentagon.

Serangan itu membunuh hampir 3,000 orang dan mendorong AS ke dalam perang selama dua dekad di Afghanistan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN