JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menyerbu sebuah kedai di Masai, Pasir Gudang yang menyimpan pelbagai jenis arak tidak bercukai dianggarkan bernilai RM50,000. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan pembantu kedai tersebut dalam serbuan pukul 4 petang kelmarin. “Dalam serbuan itu, sebanyak 537 tin dan botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM50,000 termasuk cukai berjaya dirampas. “Kesemua minuman keras itu disimpan di dalam sebuah stor. Sementara itu, majikan atau pemilik premis sedang diburu,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya