Apple lancar iPhone 16 bulan depan

Apple lancar iPhone 16 bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat pengeluar peranti komunikasi, Apple dijangka memperkenalkan generasi baharu iPhone 16 yang dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI), bulan depan.

Dengan tema ‘It’s Glowtime’ pelancaran model baharu itu akan dibuat pada 9 September di Steve Jobs Theater, Apple Park pada pukul 10 pagi waktu tempatan.

Antara yang akan dilancarkan pada acara itu adalah model iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max.

CNN melaporkan, tema yang dipilih itu mungkin bertepatan dengan ciri-ciri AI yang bakal diperkenalkan dalam model berkenaan.

Peminat-peminat Apple dijangka boleh membuat pembelian bermula 20 September.

Jun lalu, Apple pada Persidangan Pembangun Sedunia memperkenalkan Apple Intelligence, iaitu ciri integrasi AI yang akan menaik taraf aplikasi seperti Genmoji dan Siri.

Walaupun model iPhone 15 Pro Max sudah mengetengahkan beberapa ciri AI, generasi iPhone 16 direka sepenuhnya dengan sistem operasi AI bagi memberi kelebihan dan pengalaman menarik kepada penggunanya.

Pada persidangan tersebut Apple turut mengumumkan kerjasama dengan pembuat ChatGPT iaitu OpenAI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN