Anwar-Srettha lawat CIQ Sungai Golok

 Anwar-Srettha lawat CIQ Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat  Kompleks Imigresen, Kastam dan  Kuarantin (CIQ) Sungai Golok di sini sebentar tadi.

Rakan sejawat beliau, Srettha Thavisin yang merupakan Perdana Menteri Thailand turut menemani  Anwar sepanjang lawatan tersebut.

Terdahulu, Anwar tiba pada pukul 11.23 pagi (waktu Thailand).

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. 

Lawatan Anwar ke kawasan Selatan Thailand itu untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok yang merupakan laluan utama sempadan kedua-dua negara.

Pada masa sama, Anwar dan Srettha turut berbincang mengenai isu sempadan Malaysia-Thailand, inisiatif untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan sempadan kedua-dua negara dan Proses Dialog Damai di Selatan Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×