NARATHIWAT, THAILAND: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa melawat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sungai Golok di sini sebentar tadi. Rakan sejawat beliau, Srettha Thavisin yang merupakan Perdana Menteri Thailand turut menemani Anwar sepanjang lawatan tersebut. Terdahulu, Anwar tiba pada pukul 11.23 pagi (waktu Thailand). Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Sumber Asli dan…