JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat Malaysia menilai tahap perkhidmatan penjawat awam bermula Isnin depan khususnya selepas pengumuman kenaikan gaji penjawat awam, semalam. Menurut beliau, perkara itu wajar dibuat selepas penjawat awam pelbagai gred bakal menikmati ‘ganjaran’ yang mana ia bersandar kepada prestasi perkhidmatan mereka. “Semalam saya umum kenaikan gaji dan elaun terbaik dalam sejarah bagi mengiktiraf penjawat awam disebabkan ada penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka, ini…










