TAPAH: Cuaca panas dan kering mutakhir ini menyebabkan Air Terjun Lata Kinjang di sini menjadi tumpuan pengunjung bagi menyejukkan badan selain beriadah bersama keluarga. Tinjauan mendapati ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk mandi-manda di situ terutama pada hujung minggu. Difahamkan, lebih 1,000 pengunjung datang ke pusat rekreasi terkenal yang diselia oleh Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad (KOALKB) itu. Namun, ekoran cuaca panas dan kering, paras air di sungai itu tidak…










