Yamaha pelbagaikan produk motosikal mereka kekal relevan di pasaran

Yamaha pelbagaikan produk motosikal mereka kekal relevan di pasaran

TIM Hoo (dua dari kanan) bersama barisan jemputan khas memotong riben bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Yamaha Star Advance di premis niaga Kian Giap Motors Sdn. Bhd. di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd yakin aspek kepelbagaian produk mampu menjadikan jentera dua roda keluaran mereka kekal relevan di pasaran sekali gus mampu bersaing dengan jenama sedia ada.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Penjenamaan, Tim Hoo berkata, selain itu prestasi rangkaian servis dan jualan turut diberikan keutamaan dalam mengharungi persaingan hari ini.

“Semua elemen itu sangat penting dalam memastikan sesebuah jenama kekal relevan dalam pasaran kerana melalui peredaran masa kita dapat lihat motosikal berevolusi dengan teknologinya semakin canggih.

“Evolusi itu pasti memerlukan kepakaran tinggi dan kerana itu saluran jualan serta servis kami juga perlu mempunyai kemahiran, alat ganti dan nilai kecukupan tinggi di seluruh negara. Dua elemen ini amat diberikan perhatian oleh Yamaha Motor di samping aspek promosi lain,” katanya selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Yamaha Star Advance di premis Kian Giap Motos Sdn. Bhd, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tim Hoo memberitahu, Yamaha Motor turut mewujudkan Zon Eksklusif Yamaha bagi menyeragamkan dan menjaga nilai produk keluarannya.

Katanya, hal ini bertujuan supaya produk keluaran mereka tidak turun ke tahap nilai terpakai.

“Kota Bharu dipilih sebagai lokasi pelancaran awal Yamaha Star Advance atas beberapa faktor termasuk memiliki syer pasaran sehingga 60 peratus dan merupakan yang tertinggi di Malaysia.

“Kerana itu kami memilih Kian Giap Motors Sdn. Bhd selaku pengedar kukuh jenama Yamaha di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia untuk melancarkan Yamaha Star Advance pertama di negara ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN