GUA MUSANG: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya parah selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 60 Jalan Gua Musang-Lojing di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu mangsa, Maznah Mat Nor, 63, dari Kampung Pangkal Meleret, Machang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang. Sementara suami wanita berkenaan, Ariffin Mamat, 75, mengalami kecederaan dalaman pada perut dan seorang lagi pemandu…










