Warga emas ditemukan mati, rumah terbakar dipanah petir - Utusan Malaysia

Warga emas ditemukan mati, rumah terbakar dipanah petir

SEORANG warga emas ditemukan maut selepas rumahnya terbakar dipercayai terkena panahan petir di Kampung Bukit, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan malam tadi-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang warga emas ditemukan mati selepas rumahnya terbakar dipercayai terkena panahan petir dalam kejadian di Kampung Bukit, Wakaf Bharu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa Halimah Awang, 85, ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air di rumahnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04 malam.

Menurutnya, seramai 21 pegawai lain-lain pangkat dan anggota bersama jentera dari balai Bomba Wakaf Baharu serta Tunjung telah di lokasi untuk kerja-kerja memadam kebakaran termasuklah menyelamat.

“Sejurus tiba di lokasi bomba mendapati rumah tersebut sudah terbakar sebanyak 70 peratus. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.37 malam. 

“Pada pukul 8.53 malam, komander operasi melaporkan mayat seorang mangsa wanita berusia 85 tahun telah ditemukan di dalam bilik air dan kemudian disahkan meninggalkan dunia oleh pasukan perubatan.” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nazah memberitahu, mayat mangsa kemudian telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN