PETALING JAYA: UMNO dijangka ditawarkan sekurang-sekurangnya 70 daripada 120 kerusi Parlimen majoriti Melayu di Semenanjung sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terus bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Mazlan Ali berkata, perkara itu mengambil kira kekuatan dan pengaruh UMNO di kawasan orang Melayu khususnya luar bandar berbanding PH yang hanya memiliki kelebihan di…










