WASHINGTON: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menolak sebarang percubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Bercakap dalam sidang kemuncak NATO di Washington, beliau terus menekankan ‘kekejaman’ berterusan Israel di wilayah Palestin terutama di Gaza. “Tidak mungkin (mustahil) bagi pentadbiran Israel, yang memijak nilai asas yang dijunjung pakatan kami, untuk meneruskan hubungan dengan NATO,” katanya. Pakatan pertahanan ini mempunyai 32 ahli, tetapi ia juga mengekalkan hubungan dengan…









