Tunang nafi Siti Norelyana mengandung

Tunang nafi Siti Norelyana mengandung

SITI Norelyana Kamarulzaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tunang kepada jurujual wanita yang hampir maut dihempap kayu balak di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini semalam menafikan Siti Norelyana Kamarulzaman, 28, sedang mengandung dan telah meninggal dunia sebagaimana tular di Facebook dan TikTok.

Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata, dia berharap supaya orang ramai menghentikan dakwaan palsu berkaitan keadaan tunangnya, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, yang mengandung dan meninggal dunia selepas menerima rawatan.

“Saya tunang dia dan mohon supaya semua pihak tidak menyebarkan maklumat tidak tepat. Mangsa tidak mengandung sama sekali.

“Saya tunang dia, saya tahu. Mana saya nak letak air muka saya kalau semua cakap dia mengandung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu abang Siti Norelyana, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, emosi ahli keluarga juga terganggu ketika mereka sedang menerima ujian berat ini.

Katanya, di media sosial pelbagai dakwaan dibuat terhadap adiknya yang merupakan anak kesepuluh dari 11 adik beradik.

“Semua dakwaan itu tidak benar dan saya berharap individu yang bertanggungjawab dapat menurunkan artikel atau posting (hantaran) daripada media mereka.

“Kami mengharapkan doa rakyat Malaysia untuk kesembuhan adik yang sedang bertarung nyawa dan ditidurkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu,” katanya.

Terdahulu, menerusi video dimuat naik di TikTok @nescafe_hot pada Rabu, Nik Amnan Arif menafikan dakwaan tunangnya dalam keadaan sarat mengandung ketika kejadian.

Setakat ini video berdurasi 1 minit 20 saat itu ditonton lebih 350,000 pengguna TikTok.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN