JERANTUT: Seorang bapa dan anak lelaki berusia enam tahun maut setelah motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 18, Jalan Jerantut-Temerloh berdekatan Simpang Bukit Ketupat di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, penunggang motosikal, Muhamad Isyam Abdullah Sani, 43, yang bekerja sebagai tukang rumah dan anaknya, Muhammad Aisy Afnan meninggal dunia di tempat kejadian. “Turut membonceng motosikal, isteri mangsa, Munirah…










