Suami isteri halang anak masuk rumah empat hari ditahan - Utusan Malaysia

Suami isteri halang anak masuk rumah empat hari ditahan

SEORANG remaja lelaki terpaksa tidur di kaki lima sebuah flat di Pasir Gudang kerana tidak dibenar masuk ke dalam rumah oleh ibu dan bapanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri ditahan kerana menghalang anak lelaki mereka yang berusia 13 tahun memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pasangan  berusia 54 dan 56 tahun itu didapati mengabaikan remaja itu sejak 7 Julai lalu.

“Polis yang menjalankan siasatan tentang kejadian itu bertindak menyelamatkan kanak-kanak tersebut kelmarin setelah mengesan video tular berhubung perkara itu.

“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pasangan tersebut kini ditahan reman selama lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×