STPM 2023: Kelantan atasi peratus PNGK nasional

STPM 2023: Kelantan atasi peratus PNGK nasional

MOHD. Hassany Hashim (kanan) semasa mengumumkan keputusan STPM 2023 di pejabat JPN Kelantan di Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan hari ini menyaksikan Kelantan terus cemerlang apabila Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) calon di sekolah kerajaan mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 0.13 mata.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri (Sektor Pembelajaran), Mohd. Hassany Hashim berkata, keputusan tersebut menyaksikan Kelantan memperoleh PNGK 2.97 berbanding nasional sebanyak 2.84.

Menurutnya, pada masa sama 47 daripada 60 buah sekolah kerajaan di negeri ini memperoleh kelulusan 100 peratus bagi tahun 2023 berbanding 51 sekolah untuk 2022 lalu.

“Jumlah tersebut menunjukkan penurunan bilangan sebanyak empat sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus. Bagi perbandingan lulus penuh calon sekolah kerajaan pula, kita Kelantan mencatat 99.44 peratus bersamaa 3,345 calon berbanding nasional dengan 98.88 peratus atau seramai 40,905 calon.

“Perbandingan calon yang mendapat kecemerlangan empat dan lima prinsipal pula, Kelantan mencatat 82.18 peratus atau 3,099 calon berbanding nasional sebanyak 76.21 peratus atau 32,527 calon. Ia menunjukkan Kelantan mengatasi peringkat nasional sebanyak 5.97 peratus,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Mohd. Hassany memberitahu, seramai tiga calon STPM Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik peringkat nasional dan menerima Anguerah Pelajar Terbaik STPM 2023 daripada Majlis Peperiksaan Malaysia di Selangor, hari ini.

“Mereka ialah, Nur Irfa Farhah Muhammad Fauzan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, Pasir Puteh, Nuruzma Nabihah Kamzuri dari SMK Ayer Lanas, Jeli dan Nuruk Hasnan Ayunie Che Azman dari SMK Long Yunus, Bachok. Kesemuanya mendapat keputusan PNGK 4.0.

“Seramai 90 calon mendapat PNGK 4.0 di Kelantan bagi STPM 2023 berbanding 84 calon pada tahun 2022 sekali gus menunjukkan peningkatan seramai enam calon. Daripada jumlah itu seramai 35 calon memperoleh semua A bagi lima mata pelajaran dan 55 calon mendapat semua A bagi empat mata pelajaran diduduki,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×