LONDON: Kerajaan baharu Britain menyalahkan pemerintahan terdahulu kerana meninggalkan negara itu dalam keadaan tragis apabila perlu berdepan cabaran kewangan. Dalam penilaian menyeluruh tiga minggu selepas mengambil alih kuasa, Pejabat Perdana Menteri, Keir Starmer mengaku terkejut dengan situasi yang terpaksa diwarisi selepas 14 tahun Parti Konservatif memerintah. Kerajaan berhaluan kiri itu turut mengeluarkan analisis setiap jabatan berhubung kegagalan pemerintahan terdahulu. Kritikan itu dibuat sehari sebelum Ketua Perbendaharaan, Rachel Reeves dijangka menggariskan…