TANAH MERAH: Sebahagian sisa runtuhan Jambatan Guillemard yang dibom tentera British pada 11 Disember 1941 diangkat semula dari dasar Sungai Kusial di sini untuk dijadikan monumen sejarah di Taman Guillemard. Jambatan pertama merentasi Sungai Kelantan itu dibom bagi menghalang kehadiran tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, Bahari Mohamad Nor berkata, usaha mendapatkan semula jambatan kereta api yang terbenam ke…










