Syabu bernilai hampir RM700,000 dirampas di R&R Genting Sempah - Utusan Malaysia

Syabu bernilai hampir RM700,000 dirampas di R&R Genting Sempah

YAHAYA Othman (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di R&R Genting Sempah dalam sidang akhbar di IPD Bentong, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Taktik pengedar dadah menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah di sini sebagai transit pengedaran bahan terlarang itu gagal apabila perbuatan itu berjaya dikesan pihak polis.

Dalam serbuan ditempat letak kereta R&R itu pada Khamis lalu kira-kira pukul 12.20 tengah hari, polis menahan seorang suspek berusia 34 tahun beralamat di Lembah Klang dan merampas dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM697,717.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hasil pemeriksaan dalam kereta jenis Honda Jazz dipandu suspek, 20 peket plastik lutsinar ditemukan mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 21,143 gram.

“Turut dirampas kereta Honda Jazz dinaiki suspek dan sebuah motosikal Vespa dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM717,788.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod atas kesalahan dadah dan ujian urin mendapati suspek negatif dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Yahaya berkata, berdasarkan siasatan awal, sindiket berkenaan dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini.

Katanya, sindiket ini dipercayai memperoleh bekalan dadah jenis syabu di Lembah Klang untuk diedarkan di pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah melakukan urusan jual beli dadah secara tunai yang mana suspek akan menghubungi pembekal untuk mendapatkan bekalan dadah,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan suspek direman sehingga Khamis ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN