PASIR PUTEH: Anak perempuan kepada wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Pasir Puteh-Machang dekat Kampung Kandis di sini pagi tadi pula meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu menghembuskan nafas semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Anis. Menurutnya, selain itu, ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut berusia 18 tahun yang menaiki kereta sama mengalami kecederaan parah dan dirawat…










