‘Scammer’ tawar bekalkan makanan kepada bomba, jangan tertipu - Siti Rohani - Utusan Malaysia

‘Scammer’ tawar bekalkan makanan kepada bomba, jangan tertipu – Siti Rohani

SITI ROHANI NADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik terbaharu penipuan ‘scammer’ yang menawarkan pembekalan makanan bermasak di balai bomba. 

Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan yang memaklumkan pembekalan makanan itu dalam tempoh singkat serta secara kontrak selama setahun dengan suatu nilai tertentu. 

Katanya, modus operandi yang digunakan individu tidak bertanggungjawab itu adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak bagi sesuatu majlis atau program di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini.

“‘Scammer’ turut memohon bantuan pembekal untuk memberi sejumlah wang tertentu bagi tujuan pembelian cenderamata atau ‘goodies’.

“Pembayaran perlu dibuat kepada pihak ketiga yang merupakan rakan kepada ‘scammer’ tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, ‘scammer’ tersebut telah menyekat panggilan daripada pihak pembekal makanan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Rohani mengingatkan orang ramai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sekiranya memperoleh kerja-kerja membekal makanan bermasak atau sebarang tawaran kerja yang diragui melibatkan pihaknya..

“Orang awam atau pembekal makanan yang telah menjadi mangsa penipuan tersebut dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera bagi tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×