PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM58.1 bilion pada tahun ini untuk membantu rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Perdana Menteri, jumlah itu membabitkan sektor kepenggunaan, sara hidup, pendidikan, biasiswa, pinjaman, faedah, sektor pertanian dan lain-lain. Justeru itu beliau menjelaskan, langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi untuk membantu rakyat dengan meningkatkan bantuan untuk golongan memerlukan. “Untuk STR (Sumbangan Tunai Rahmah) saya dah sebut, kalau 2022 ketimbang (berbanding) 2024 iaitu peningkatan…










