SEREMBAN: Hujan lebat berterusan beserta ribut sejak awal pagi tadi mengakibatkan kejadian pokok tumbang berlaku di beberapa lokasi di daerah ini. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seremban, Kapten (PA) Mohamad Ridzuan Mohamed Buniran berkata, pihaknya menerima 10 panggilan mengenai kejadian pokok tumbang di lokasi bermula pukul 1 pagi tadi. Lokasi berkenaan melibatkan Kampung Batang Benar, Mantin; Jalan Gadong Jaya 17, Taman Gadong Jaya; Jalan Mantin menghala Seremban; Persiaran Desa Temiang dan…










