PRK Nenggiri: Sheikh Razali calon PN?

PRK Nenggiri: Sheikh Razali calon PN?

SHEIKH Razali Hamad-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Sheikh Razali Hamad yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan semakin hampir dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos ini.

Andainya itu tampak berasas, apabila beliau duduk sepentas bersama tokoh-tokoh besar PN semasa Ceramah Gelombang Selamatkan Malaysia dan Pelancaran Jentera PRK Nenggiri di Markas Pas Limau Kasturi 2, di sini malam tadi.

Tidak cukup dengan itu Pengarah Operasi PN bagi PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa secara terbuka memberi bayangan bahawa calon yang akan mewakili gabungan itu sudah lama bergiat dalam politik semasa berucap pada ceramah tersebut.

Jika ‘bayangan’ itu benar, Sheikh Razali disifatkan sebagai calon yang tepat menggalas tanggungjawab dalam usaha PN mempertahankan kerusi Nenggiri.

Pemilihan itu dilihat tepat bagi menyaingi kekuatan calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani yang sudah dikenali oleh penduduk kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Sheikh Razali mendedahkan, sehingga kini parti belum memuktamadkan lagi siapa calon yang dipilih untuk mewakili PN.

Katanya, dia menyerahkan keputusan itu kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Media sebelum ini melaporkan, dua nama iaitu Sheikh Razali dan Sun Najaman Muhamad yang merupakan Penggawa Dabong disebut-sebut bakal menjadi calon Bersatu pada PRK DUN Nenggiri.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN