WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang lelaki bersenjata di zon selamat sekitar Konvensyen Kebangsaan Republikan (GOP) di Milwaukee, Wisconsin semalam. Jurnal Milwaukee Sentinel melaporkan kejadian tembakan berlaku berhampiran jalan North 14 dan West Vliet di Milwaukee, kurang 1.6 kilometer dari perimeter keselamatan untuk konvensyen itu. Saksi mendakwa, lelaki terbabit cuba mengacukan pisau ke arah anggota polis sebelum pasukan keselamatan melepaskan tembakan, lapor New York Post. Insiden itu berlaku…










