KOTA BHARU: Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu saudaranya yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun awal Jun lalu. Tertuduh yang berusia 65 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun empat…