PETALING JAYA: Persepsi negatif dan kejahilan terhadap Islam perlu diperbetulkan dengan segera dan lebih berkesan untuk menangani gejala Islamofobia yang berpunca daripada sikap Xenofobia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru itu kerajaan akan terus memantapkan dan mendukung usaha memupuk empati dan persefahaman serta perbezaan antara agama dan budaya. Katanya, beliau bersama sarjana dan pemikir tempatan serta luar negara senada melihat keperluan untuk segera menangani gejala Islamofobia secara tuntas…










