KUALA PILAH: Seorang penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas dua pertuduhan merogol anaknya termasuk lebih empat tahun lalu. Tertuduh yang berusia 52 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norma Ismail. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang kini berusia 24 tahun yang mana oleh kerana perhubungan tertuduh dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang hukum agama, adat, kebiasaan…