MELAKA: Kerja-kerja pembangunan semula kawasan Melaka Sentral dijangka bermula hujung tahun ini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, perjanjian projek berkenaan sedang disiapkan dan akan dimuktamadkan pada hujung Ogos atau awal September ini. Menurut beliau, kerajaan negeri menerima banyak tawaran daripada syarikat swasta yang berminat untuk melaksanakan pembangunan bercampur di kawasan tersebut. “Kita telah menilai banyak syarikat sejak 2020 lagi. Ada yang datang hendak tandatangani (perjanjian), namun…










