Pelajar cemerlang SMK Jengka 24 diiktiraf Felda

Pelajar cemerlang SMK Jengka 24 diiktiraf Felda

MUHAMMAD ALIMIE Razak (tengah) teruja mendapat pengiktirafan daripada Felda sempena Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Ma­laysia (SPM) 2023 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24 di sini menerima pengiktirafan daripada Felda sempena Hari Peneroka Felda 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Muhammad Alimie Razak, 18, merupakan pelajar per­tama SMK Jengka 24 memperoleh keputusan 9A sejak sekolah itu dibuka pada 1984.

Anak bongsu daripada sem­bilan beradik itu berkata, kejayaan itu merupakan kebanggaan buat dirinya apabila dapat mengharumkan nama Felda Jengka 24.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada apa mampu saya ung­kapkan selain syukur ke hadrat Allah SWT.

“Ia menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berjaya dalam pelajaran dan mengharumkan nama keluarga serta Felda.

“Saya bercadang melan­jutkan pengajian dalam bidang pendidikan bagi menyambung legasi guru mendidik anak bangsa,” ka­tanya kepada Utusan Ma­laysia.

Seramai 29 pelajar generasi baharu Felda yang memperoleh keputusan cemerlang SPM 2023 diraikan Kementerian Pendidikan dan Felda sempena Sambutan Hari Pene­roka Felda 2024 di MAEPS, kelmarin.

Muhammad Alimie berkata, hadiah RM1,000 yang diteri­manya akan disimpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini