RAUB: Seorang pekebun Musang King cedera di kepala dan siku kiri ditetak sekumpulan lelaki yang menceroboh kebunnya di Bukit Nanyang, Sungai Ruan di sini. Adik mangsa, Huang Jia Xing, 40, berkata, abangnya itu ditetak dua kali dan kini masih mendapat rawatan di Hospital Kuala Lipis. Menurutnya, sebelum kejadian pada pukul 11 malam semalam, Jia Bao, 44, pergi ke kebun selepas menerima panggilan pekerjanya yang memaklumkan sekumpulan lelaki masuk ke situ.…