KUALA TERENGGANU: Pasar Kedai Payang 1 yang dijadual beroperasi semalam masih belum dibuka kepada pengunjung berikutan kebanyakan peniaga masih dalam proses ubah suai lot kedai masing-masing. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, operasi perniagaan di pasar itu dijangka bermula seawal 15 Julai nanti. Menurutnya, setakat ini hanya peniaga di empat bahagian sudah membuat undian lot, iaitu kedai emas, cenderamata, peralatan dapur serta…










