Parti gabungan Kerajaan Perpaduan buat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Machang

Parti gabungan Kerajaan Perpaduan buat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Machang

SEBAHAGIAN pemimpin parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan Pengerusi serta Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan, Keselamatan Penduduk Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang turut membuat laporan secara serentak berkait fitnah yang dilemparkan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal kepada mereka di IPD Machang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUYL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Parti gabungan Kerajaan Perpaduan di sini membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menuduh peruntukannya telah dilencongkan kepada parti-parti politik Kerajaan Perpaduan di kawasan ini.

Selain itu, Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan, Keselamatan Penduduk Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang turut membuat laporan secara serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang hari ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang Mohd. Faakaruddin Ismail berkata, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang disifatkan berbentuk fitnah jahat.

Menurutnya, pada masa ia membolehkan tindakan saman dikenakan ke atas Ahli Parlimen Machang itu.

“Tudahan itu dibuat oleh Wan Ahmad Fayhsal menerusi plaftrom live sebuah akhbar semalam semasa menyambut ketibaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sempena larian Langkah Muar ke Parlimen.

“Menerusi ‘live’ itu, Ahmad Fayhsal turut mendakwa yang tersebut disalurkan menerusi JPKKP. Bagi kami ini satu fitnah yang berniat jahat. Jadi kami menafikan fitnah tersebut dan tidak menerima sebarang peruntukan sebagaimana didakwa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan polis di IPD Machang di sini hari ini.

Mohd. Faakaruddin memberitahu, sebagai Ahli Parlimen Ahmad Fayhsal sepatutnya menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat sebarang kenyataan.

Katanya, semua parti gabungan Kerajaan Perpaduan iaitu UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Amanah (Parti Amanah Negara) dan PKR Machang tidak menerima peruntukan sebagaimana yang didakwa.

“Tindakan Ahmad Fayhsal seolah-olah mencerminkan beliau suka menabur fitnah selain suka berdusta,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN