KOTA BHARU: Parti Sedar Rakyat (Sedar) yang aktif di Sarawak mengesahkan menghantar calon bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos ini. Presidennya, Othman Abdillah berkata, ketika ini Sedar sudah mempunyai senarai pendek, namun sedia membuat penambahan sebelum proses penamaan calon. Menurut beliau, Sedar mahu menamakan seorang calon yang bukan sahaja berkelayakan tinggi, namun boleh bekerja kuat dan mempunyai rekod bersih. “Kami (Sedar) menawarkan diri sebagai…