Orang Asli Pos Pulat rintis tanaman kenaf

Orang Asli Pos Pulat rintis tanaman kenaf

WAN Abd. Rahim Wan Abdullah (dua dari kiri) memberi penerangan tentang pokok kenaf kepada pemimpin Orang Asli di Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan. UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di Pos Pulat di sini akan menjadi perintis kepada tanaman kenaf sebelum diperluaskan ke penempatan golongan berkenaan yang lain selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menjayakan tanaman tersebut secara lebih berdaya saing.

“Tanaman kenaf tidak memerlukan penjagaan rumit dan dilihat sesuai dengan budaya serta cara hidup masyarakat Orang Asli apabila boleh mendapat hasil dalam tempoh masa 45 hari hingga tiga bulan.

“Besar harapan LKTN supaya tanaman ini mampu memberi pendapatan kepada penduduk selepas berpindah ke lokasi baharu ekoran pembinaan Empangan Nenggiri,” katanya pemberita selepas Program Bicara Kenaf bersama kira-kira 300 komuniti setempat di Pos Pulat di sini semalam yang turut dihadiri Pengurus LKTN Wilayah Timur, Nik Muhamad Azhar Nik Mustapha.

Sementara itu, Nik Muhamad Azhar memberitahu di negeri ini, LKTN menyediakan insentif tanaman kenaf untuk pengeluaran fiber iaitu hampir 4,900 per hektar bagi tempoh tiga bulan serta pengeluaran makanan pula sebanyak 1,900 per hektar.

“Bagi satu hektar tanaman kenaf yang pertumbuhannya baik dan bagus boleh mencapai sehingga 20 tan per hektar. LKTN memberi jaminan untuk membeli balik kenaf pada harga RM200 per tan.

“Jadi kalau satu hektar pulangan pendapatan kepada pekebun kecil ini ialah sebanyak RM4,000,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN