PARIS: Gabungan berhaluan kiri, New Popular Front (NPF) memenangi kerusi terbanyak mengatasi parti berhaluan kanan dalam pusingan penentuan pilihan raya Parlimen Perancis, pada Ahad. Bagaimanapun, keputusan itu meletakkan Perancis dalam keadaan Parlimen yang tergantung dan mengancam kelumpuhan politik, memandangkan tiada pihak memenangi majoriti pada pilihan raya kali ini. Keputusan pusingan kedua undian menjerumuskan Perancis tanpa sebarang laluan jelas untuk membentuk kerajaan baharu, menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)…










