Negara Asia Tengah anjur latihan tentera bersama tanpa Russia, China

Negara Asia Tengah anjur latihan tentera bersama tanpa Russia, China

KAZAKHSTAN menjadi tuan rumah kepada empat negeri bekas Soviet untuk latihan buat julung kali diadakan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASTANA: Negara-negara Asia Tengah mengadakan latihan bersama tentera darat, laut dan udara buat kali pertama tanpa kuasa serantau Russia dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Angkatan Tentera Kazakhstan berkata, negara itu menjadi tuan rumah kepada empat negeri bekas Soviet untuk latihan yang buat julung-julung kali diadakan.

Latihan itu dinamakan Birlestik-2024, yang bermaksud pakatan dalam bahasa Kazakh.

Ia akan berlangsung sehingga 17 Julai depan di Laut Caspian, yang melibatkan kira-kira 4,000 tentera dengan kapal perang, penerbangan, artileri dan kereta kebal.

Empat republik Asia Tengah yang mengambil bahagian ialah Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Tajikistan, manakala Turkmenistan tidak hadir.

Negara Caucasus Azerbaijan turut mengambil bahagian, manakala Russia, yang secara tradisinya dominan di kawasan itu, masih bertempur menerusi operasi khan ketenteraan di Ukraine.

Kementerian Pertahanan Kyrgyzstan berkata, semasa latihan itu, tentera akan ‘membebaskan pulau yang ditawan pengganas’ dan ‘menjalankan operasi untuk memastikan keselamatan di laut serta melindungi infrastruktur’.

Negara-negara ini kerap mengambil bahagian dalam eksesais dengan dua kuasa paling berpengaruh di rantau strategik.

Russia bertindak sebagai sebahagian daripada Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif dan China sebahagian daripada Organisasi Kerjasama Shanghai, yang terbaharu pada 2023 melibatkan 1,500 tentera.

Selepas berdekad persengketaan, negara-negara Asia Tengah baru-baru ini, meningkatkan kerjasama kerana kuasa besar juga memberi lebih perhatian kepada rantau yang kaya bahan mentah dan laluan perdagangan penting.

Semua negara adalah sebahagian daripada laluan pengangkutan antara China dan Eropah yang memintas Russia, dikenali sebagai ‘Koridor Tengah’.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN